Success Story PCU Tahun 2021

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Intervarsity Young Motivator Competion ( I-Mac) 2021 Peringkat Kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada Saudari Sharifah Nurul Balqis binti
Syed Abdul Mutalib kerana mara ke Peringkat Akhir Intervarsity
Young Motivator Competition Peringkat Kebangsaan 2021 yang
akan berlangsung pada 05 Disember 2021. Pihak Universiti akan terus memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan di peringkat akhir nanti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada
Saudara Alif Qusyairi bin Abd Razak di atas penyertaan
pertandingan tersebut.
 

Pusat Kaunseling Universiti (PCU) Menerima Anugerah Cemerlang Organisasi Tahun 2019

Pusat Kaunseling Universiti (UTHM) telah menerima Anugerah Organisasi Cemerlang Sempena Majlis Anugerah Inspirasi Mahasiswa 2018/2019 pada 14 Disember 2019 bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM. Semoga dengan penganugerahan ini, semua warga PCU akan terus maju jaya.

Perkongsian Hasil Refleksi dari Kepimpinan HEPA Terhadap Perkhidmatan PCU Bersama Staf PCU

Perkongsian Hasil Refleksi dari Kepimpinan HEPA terhadap Perkhidmatan PCU bersama Staf PCU. Jangan selesa dengan komen yang membina tetapi teruskan usaha untuk pertingkatkan kualiti perkhidmatan. Pandangan orang luar terhadap PCU perlu diambilkira dan jadikan panduan untuk lebih proaktif dan produktif dalam memikul amanah yang diberikan.

Waktu Operasi

Ahad - Rabu : 8 pagi - 5 petang
Khamis : 8 pagi - 3.30 petang
Rehat : 1 - 2 petang

Tutup : Jumaat - Sabtu & Cuti Umum

Alamat Pejabat

Pusat Kaunseling Universiti (PCU)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Ta'zim

© Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM ® 2020. All Rights Reserved. Best viewed with any modern web browsers with resolution of 1280x1024. This website is bound by the Copyright Notice mentioned.