Skip to main content

SOALAN LAZIM

Soalan : Adakah maklumat semasa sesi kaunseling dirahsiakan?

Kerahsiaan adalah terjamin kecuali jika klien mengugat keselamatan dirinya, orang lain dan tindakan yang menyalahi Undang-Undang.

Soalan : Apakah isu yang boleh dibawa ke sesi kaunseling?

Apa jua isu yang boleh menjejaskan keberkesanan dan kecekapan dalam kehidupan.

Soalan : Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di Pusat Kaunseling Universiti (PCU)?

Perkhidmatan di Pusat Kaunseling Universiti adalah terbuka kepada pelajar, staf dan orang awam.

Soalan : Adakah klien yang menghadiri sesi kaunseling di Pusat Kaunseling Universiti (PCU) hanya terdiri daripada Pegawai dan kakitangan dirujuk atau diarahkan oleh Ketua Jabatan?

Tidak. Pusat Kaunseling Universiti (PCU) juga menerima klien yang hadir secara sukarela dan dirujuk.

Soalan : Adakah klien diberi peluang untuk memilih Pegawai Psikologi?

Ya. Setiap klien diberikan hak untuk memilih Pegawai Psikologi.

Soalan : Adakah rekod peribadi saya terjejas apabila berjumpa dengan Pegawai Psikologi?

Rekod peribadi anda tidak terjejas apabila anda berjumpa dengan Pegawai Psikologi.

Soalan : Bagaimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dari Pusat Kaunseling Universiti (PCU)?

Perkhidmatan yang diberikan oleh Pegawai Psikologi boleh dilakukan secara :

1. Bersemuka

2. Membuat temujanji menggunakan Counselling Management System (CMS) dipautan link www.cms.uthm.edu.my  

3. Secara dalam talian ( Telefon / Google Meet)

 

Soalan : Adakah rahsia saya akan diketahui umum apabila saya meluahkan permasalahan saya pada Pegawai Psikologi?

Tidak. Pegawai Psikologi mengamalkan Etika Kerahsiaan. Pegawai Psikologi tidak boleh berkongsi isu atau membuat hebahan atau perkongsian masalah klien dengan orang lain tanpa persetujuan dari klien.

Soalan : Sekiranya saya datang berjumpa dengan Pegawai Psikologi untuk mendapatkan pandangan, adakah saya akan dilabel sebagai individu bermasalah?

Tidak kerana Pegawai Psikologi  mengamalkan Etika Kerahsiaan.

Soalan : Dimanakah letaknya Pusat Kaunseling Universiti (PCU)?

Pusat Kaunseling Universiti (PCU) terletak di Bangunan D15, Jalan Persiaran Tun Dr Awang Hassan bersebelahan dengan Bangunan Pusat Kesihatan Universiti (PKU). 

Services